Monday, August 8, 2016

Kepenatan Adilah,

Bila mana menemani saya menghadiri pelbagai program untuk Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Bermula di Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2016 Peringkat Zon Selatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda, Johor Bahru.

Tema tahun ini adalah Penyusuan Susu Ibu: Kunci kepada Pembangunan Lestari.

Majlis dimulakan dengan walkhaton bermula jam 8.00 pagi.

Antara acara yang dipertandingkan adalah:-

  1. Breastfeeding and babywearers walkathon
  2. Sepanduk paling kreatif
  3. Fotografi kategori ayah 

manakala untuk kanak-kanak adalah pertandingan warna yang bertempat di Genius Aulad yang terletak di atas Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda.

Terlebih dahulu, pengacara majlis menerangkan syarat-syarat pertandingan walkhaton dan sesi pemanasan badan dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Azleen.

Kemudian, peserta berlepas selepas Dr Hairin Anisa meniup wisel.







Kemudian disusuli dengan Majlis Perasmian




Selain itu, saya turut membuka booth sepanjang program ini berlangsung.




Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Sepanduk Paling Kreatif. Hadiah diambil oleh anak saya, Aisyah Insyirah.




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir





Friday, July 29, 2016

Alhamdulillah,

Sebenarnya aktiviti ini tidak dirancang.








Sudah lama sebenarnya saya tidak menemani anak-anak berenang di clubhouse berhampiran rumah saya.

Kesibukan menguruskan urusan keluarga, pejabat, bisnes dan lain-lain membuatkan saya perlu take five dengan anak-anak!

Si dia turut bersetuju dengan cadangan yang tidak dirancang. Balik dari kerja, terus menukar baju renang dan zaaassss!

Terima kasih abang menemani kami.

Catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir



Saturday, July 16, 2016

Sememangnya semua orang mempunyai rumah idaman masing-masing.



Mempunyai tanah sendiri.

Ada pelan rumah idaman sendiri.

Ada design rumah idaman sendiri.

Sejujurnya, saya pun sama.

Doakan saya sahabat. Impian dan berimpian adalah PERCUMA!

Catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir

Thursday, July 14, 2016


Coretan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir

Tuesday, July 12, 2016

Lewat petang tadi dapat WA dari papa.


Mula-mula ingatkan tidak berapa serius. Tetapi, jari ini tetap gagahkan diri untuk foward WA papa ke WA group yang lain.

Sambil update blog, berdenting-denting deringan WA.

"Taman Pulai Indah air sudah semakin kecil."

Bergegas saya keluar dari bilik bertanyakan si dia tentang simpanan air. Rupa-rupanya, rumah saya ini tiada tong simpanan air yang besar.
Allahuakbar,

Masa semakin berjalan. Nekad saya minta si dia belikan tong simpanan air di kedai depan. Ya Allah, mujur ada. Kata si dia, ramai yang mencari tong simpanan. Harga yang dijual boleh tahan juga harganya!

Bukan apa, memandangkan rumah ini berderet-deret anak kecil, air adalah satu sumber yang sangat penting! Hihihi

Syukur Allah permudahkan.

Sekarang dalam proses menyimpan air di dalam tong.

Semoga perkara ini dapat di atasi segera. Insya-Allah.

Nota catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir




Popular Posts